T h a n k y o u

For any inquiries please call us at
019.569 6317 @ Pak Man
017.4835226 @ Admin

Saturday 11 February 2012

PROFAIL PENGURUS



OTHMAN BIN HJ ALI, 18 Oktober 1959, bertindak sebagai Koordinator dan Fasilitator, Othman berpengalaman dalam mengendalikan lebih 150 kursus / seminar / program-program kecergasan fizikal, motivasi dan aktiviti-aktiviti riadah.
Merupakan seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah berkhidmat selama 21 tahun dan bersara pada 19 Februari 1999. Beliau telah berkhidmat dalam pasukan Rejimen Gerak Khas (Komando) selama 10 tahun iaitu  sejak tahun 1978 hingga 1987 dan meneruskan perkhidmatannya di Bahagian Perisikan selama 11 tahun dari tahun 1988 hingga 1999. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai staf perisikan di Kemboja pada tahun 1993 di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Setelah bersara dari ATM, beliau mula menceburkan diri dalam bidang kejurulatihan bersama Ex-Services Holding (Anak Syarikat Persatuan Bekas Tentera Malaysia) dan Biro Tatanegara dari tahun 2000 sehingga sekarang.
Beliau masih bergiat aktif dalam memberikan pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan kercergasan kepada masyarakat. Malahan beliau adalah merupakan antara kumpulan pertama yang mengikuti kursus jurulatih ‘J-Robik’ didalam Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri  yang telah diasaskan di negeri Johor.  Kini beliau sering mendapat undangan sebagai jurulatih program tersebut.
Beliau berpengalaman mengendalikan pelbagai program dan aktiviti kecergasan fizikal serta kursus-kursus motivasi dan kerjaya untuk pegawai-pegawai dan kakitangan dari Bahagian kewangan dan Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),  Kolej Matrikulasi Perak, Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri dan Sekolah-Sekolah.
Penglibatan beliau dalam ATM telah memberikan banyak pendedahan dan pengalaman yang amat bernilai bagi diaplikasikan dalam program yang dikendalikan dan ini menjadikan teknik penyampaian beliau amat efektif, praktikal, selamat, menyeronokkan dan berkesan.


SIJIL-SIJIL KELAYAKAN

























 






4 comments:

  1. Salam En Man,
    Wah banyak testimonial ni..

    Contact saya ehh..no tel En Man dah terhilangkan lak..

    nak minta quotation tu..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Minta maaf la.. Lama x update blog.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Pak Man...
    saya salah satu anak murid sek.men. sains kat kedah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. oh ye ke. Terima kasih visit blog sy.. minta maaf la lambat reply, sy x sempat nk on blog.. harap2 semua sihat ye

      Delete

About Me

My photo
Founded in 2004, Puncak Iltizam Management Services has been enthusiastic in helping to create a quality lifestyle. We are confident that PIMS will have global appeal an as such, serve millions of people around the country and in every millions of people around the country and in every possible way.

Followers